fb fb fb fb fb

Enam individu ditahan terbabit kegiatan samseng jalanan di Johor

Foto Fail

ISKANDAR PUTERI, 1 Jun- Enam individu berumur 16 hingga 19 tahun, ditahan polis di Iskandar Puteri Johor, kerana terlibat kegiatan samseng jalanan di Lebuh Ismail Sultan, pukul 11.00 malam pada Jumaat hingga pukul 5.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata tangkapan dibuat menerusi Op Samseng Jalanan, yang dijalankan susulan aduan diterima orang awam berhubung aktiviti tidak bertamadun itu.

Antara kesalahan dikesan, menunggang secara melulu, melakukan aksi superman, bersaing sesama sendiri dan menunggang secara bersimpang-siur.

Tindakan suspek mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kesemua motosikal terlibat disita, selain suspek dikenakan 13 saman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM