
KUALA LUMPUR, 13 Januari – Seramai enam mangsa letupan gas di sebuah universiti swasta telah dibenarkan pulang, manakala tiga lagi masih ditahan di wad.
- Seorang penuntut kini koma akibat pendarahan dalam otak dan retak tengkorak.
- Seorang mangsa berusia 54 tahun sedar dan masih dipantau doktor kerana luka kebakaran.
- Warga Indonesia 22 tahun tidak cedera serius tetapi terus dirawat di Hospital Sungai Buloh.
- JBPM menyiasat punca letupan; polis akan kemas kini perkembangan dari semasa ke semasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan memaklumkan, seorang penuntut institusi berkenaan dalam keadaan koma akibat pendarahan dalam otak serta mengalami keretakan tengkorak.
Sementara itu mangsa yang berumur 54 tahun didapati telah sedarkan diri dan masih berada bawah pemantauan pihak doktor susulan luka kebakaran.
Manakala seorang warga Indonesia berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian dan pihak polis akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).