fb fb fb fb fb

Enam dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Miri

Foto TVS/JKM Miri

KUCHING, 29 Januari- Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam satu insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian itu dilaporkan pada pukul 2.58 pagi dan mangsa dikatakan melibatkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. Setakat pukul 3.48 pagi usaha mengeluarkan yang tertimbus masih giat dijalankan,” kata jurucakap PGO.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM