MUAR, 24 November-Enam individu cedera manakala 18 yang lain selamat selepas bas dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bukit Gambir, Johor pada awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farizan Mokhtar, dalam kenyataannya berkata, seramai 9 anggota bersama 2 jentera tiba di lokasi dan mendapati pemandu bas, A. Krubakaran, 40 tahun, tersepit.
Lima lagi penumpang bas terdiri daripada seorang lelaki dan 4 wanita hanya
mengalami cedera ringan.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Sementara itu, pemandu lori, K.Murali 35 tahun dilaporkan selamat.