fb fb fb fb fb

Empat termasuk dua kanak-kanak maut kemalangan

(FOTO RTM)

KAMPAR, 16 Mei-Empat termasuk tiga beradik maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dan terbakar di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Nadzri Che Nordin berkata seorang lagi mangsa cedera parah.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.03 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu Gopeng dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi mendapati, api marak membakar bahagian bonet depan kereta yang melanggar bahagian belakang lori muatan tanah.

Empat mangsa yang berada di dalam kereta tersebut maut, manakala seorang lagi parah dan dibawa ke Hospital Tapah oleh orang awam.

Mangsa maut didapati melecur di beberapa anggota badan.

Manakala pemandu lori selamat.


(FOTO RTM)

Media Baharu