fb fb fb fb fb

PATI sembunyi dalam semak elak dicekup

PONTIAN, 31 Mac- Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Polis Marin Wilayah 2 Kukup di Rimba Terjun, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib memaklumkan, PATI yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dan kesemuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Jelas beliau, penahanan dibuat dalam operasi pada pukul 12.30 tengah malam hingga 7.10 pagi semalam.

"PATI pertama ditahan di pesisir pantai Laman Bayu Rimba Terjun, manakala dua lagi PATI ditahan berhampiran kedai makan.

Seorang PATI lagi ditahan dalam semak berhampiran Laman Bayu Rimba Terjun," katanya.

(Seorang wanita antara empat PATI yang ditahan)

Jelas beliau, semua PATI dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 61(c) Akta Imigresen 1959.

Media Baharu