fb fb fb fb fb

Empat nelayan ditahan, 164 unit bubu naga dirampas

Maritim Malaysia Kuala Kedah merampas 164 unit bubu naga dalam dua kes berasingan

ALOR SETAR, 17 Januari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah menahan empat nelayan tempatan dan merampas 164 unit bubu naga dalam dua kes berasingan semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, dalam kes pertama kesemua lelaki terbabit ditahan ketika sedang mengangkat bubu naga berkenaan di tiga lokasi berbeza pada kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Tanjung Dawai. 

"Satu operasi khas bersama-sama Jabatan Perikanan Malaysia iaitu OP MARDOF pemeriksaan lanjut ke atas tiga bot terbabit menemukan 43 set bubu naga yang baru sahaja diangkat ke atas bot

"Keempat-empat lelaki yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 51 tahun, ditahan bersama hasil tangkapan, bubu naga, peralatan dan tiga bot beserta enjin," kata Noor Azreyanti.
 
Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM124,680 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) dan 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.
 
Sementara itu dalam kes kedua sebanyak 121 unit bubu naga dirampas di lima lokasi berasingan di pesisir Teluk Sungai Pial hasil pemantauan kru bot ronda PERKASA 1224.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI