fb fb fb fb fb

Empat lelaki mengaku tidak bersalah halang, cederakan polis

KULAI, 27 April- Empat lelaki berumur 23 hingga 40 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pontian atas pertuduhan menghalang tugas dan mencederakan seorang anggota polis di sini, 22 April lalu.

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Malik.

Mengikut pertuduhan, Khalid Khamis, Mohamed Efendi Mohamed Said dan Muhammad Fazli Mohamed Said dituduh secara bersama-sama menggunakan kekerasan, menghalang tugas Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri.

Insiden berlaku pada pukul 3.00 pagi di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi.

Manakala Mohamad Haikal Ab Karim dituduh dengan sengaja mencederakan penjawat awam terlibat menggunakan kaki dan tangan pada waktu dan lokasi sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 353 dan 323 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam dan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, Nurezzati Zain.

Tiga daripada tertuduh dibenar ikat jamin RM2,000, manakala Mohamad Haikal dijamin RM1,500.

Hukuman bagi kesemua tertuduh akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kulai pada 30 April ini.


(Hukuman bagi kesemua tertuduh akan dijalankan di Mahkamah
Majistret Kulai pada 30 April ini)

Media Baharu