fb fb fb fb fb

Empat kes positif COVID-19 dikesan di PPS Segamat


SEGAMAT, 8 JANUARI - Sebanyak empat kes positif COVID-19 dikesan menerusi ujian saringan yang dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Zaid Kasim, kesemua mereka yang positif telah diasingkan dan menjalani ujian RT PCR untuk tindakan selanjutnya

"Kita ulang dengan ujian pengesanan bagi pengesahan ujian PCR, didapati tiga negatif, cuma satu yang positif. Jadi apa yang saya boleh katakan keadaan ini boleh kita kawal dengan baik cuma kita mengharapkan setiap penduduk terjejas banjir dan setiap pengurusan PPS mengambil berat SOP untuk pencegahan COVID-19," katanya ketika ditemui Berita RTM.

Tambah Zaid, satu PPS khas telah dibuka di Dewan Serbaguna Genuang, Segamat bagi menempatkan penduduk terjejas banjir yang positif dan kontak rapat mereka untuk tujuan kuarantin.

Sehingga kini, seramai 28 penduduk terjejas banjir sedang menjalani kuarantin di PPS tersebut.

Media Baharu