fb fb fb fb fb

Empat kakitangan LANGKAWIfm terperangkap banjir Hatyai

Empat kakitangan LANGKAWIfm antara pelancong Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai

LANGKAWI, 22 November - Empat kakitangan LANGKAWIfm antara pelancong Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand sejak Jumaat (21 November).

Wartawan dan juruhebah LANGKAWIfm, Wan Nur Asyikin A'Azemin, 33 tahun berkata, mereka tiba di Hatyai untuk percutian tiga hari dua malam namun tidak dapat bergerak ke mana-mana selepas air mula naik sejurus tiba.

Jelas Wan Nur Asyikin, keadaan semasa menjadi lebih membimbangkan apabila hotel penginapan mereka terputus bekalan elektrik dan air sejak awal pagi tadi.

Sementara itu, rakan setugasnya, Mohamad Amirul Syazwan Ahmad, 30 tahun turut memaklumkan, mereka tidak dapat keluar dari hotel kerana kawasan sekitar dikelilingi air banjir.

"Sepatutnya kami pulang ke Malaysia pada Ahad," katanya.

Terkini, talian elekomunikasi dan internet juga dilaporkan terjejas.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN