Elaun pegawai Kadet KOR SISPA diluluskan

Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) peringkat kebangsaan kali ke-13 di Bachok, Kelantan/Foto fail APMM

TANJUNG MALIM, 16 Ogos – Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan pembayaran elaun kepada Pegawai Kadet Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) yang bakal ditauliahkan tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembayaran elaun dilaksanakan secara berfasa, fasa pertama fokus Pegawai Kadet yang ditauliahkan hari ini, implikasi kewangan dianggarkan RM500,000.
  • Kerajaan melaksanakan inisiatif secara telus dan berhemah walaupun kelulusan awal tanpa peruntukan tambahan, menunjukkan komitmen terhadap kebajikan Kadet.
  • Pegawai Kadet KOR SISPA diiktiraf sebagai sebahagian benteng pertahanan awam, menyokong APM bersama ATM dan PDRM dalam kesiapsiagaan negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pelaksanaan pembayaran itu akan dibuat secara berfasa mengikut keutamaan.

“Sebagai tanda komitmen, fasa pertama tahun ini akan memberi tumpuan kepada Pegawai Kadet SISPA yang bakal ditauliahkan hari ini, dengan implikasi kewangan dianggarkan RM500,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) peringkat kebangsaan kali ke-13 di Bachok, Kelantan/Foto fail APMM

Rubiah berkata, kerajaan turut mengambil pendekatan telus dan berhemah dalam melaksanakan inisiatif berkenaan meskipun kelulusan awal tidak disertakan peruntukan tambahan baharu.

Menurutnya, langkah itu membuktikan komitmen kerajaan memastikan kebajikan Pegawai Kadet KOR SISPA terus diberi perhatian selain mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan mereka.

Katanya, Pegawai Kadet KOR SISPA bukan sekadar mahasiswa, malah menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan awam negara.

“Mereka turut menyokong peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Majlis berkenaan meraikan graduan KOR SISPA dari 22 universiti seluruh negara dan diadakan di UPSI selaku tuan rumah.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abdul Rahman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.