fb fb fb fb fb

Eksport LNG Bintulu masih terkawal - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUCHING, 11 September – Aktiviti eksport gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak masih terkawal meskipun berdepan ancaman keselamatan baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memandang serius ugutan keselamatan tersebut memandangkan Bintulu merupakan lokasi penting kepada industri tenaga negara.

“Setakat ini tidak terjejas, tetapi tentu kalau berpanjangan. Namun, kita harap ia dapat dikawal sepenuhnya sekarang,” katanya selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebarang ugutan keselamatan akan segera ditangani dengan kawalan sepenuhnya bagi memastikan operasi eksport tidak terganggu.

Baru-baru ini, seorang pegawai LNG dilaporkan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali melalui nombor telefon berdaftar di negara jiran, Indonesia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN