fb fb fb fb fb

Ekspo Seni dan Kraf 2023, pelbagai aktiviti menarik disediakan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Ekspo Seni dan Kraf 2023 yang bertemakan The Tunku Azizah Handmade Market membuka jalan kepada penggiat kraf memasarkan produk dan mengukuhkan komuniti usahawan kraf tempatan.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Ekspo Seni dan Kraf 2023 di Pavillion Bukit Jalil.

Turut mengiringi keberangkatan tiba baginda ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang tiba seawal pukul 11.00 pagi.

Raja Permaisuri Agong yang merupakan penaung Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJKM) berkenan menyempurnakan majlis dengan menandatangani hasil rekaan kraf tangan batik sebagai simbolik perasmian.

Kira-kira lebih daripada 300 penggiat kraf tangan tempatan yang terdiri daripada ahli kelab “A Home for Malaysia Crafter” yang menonjolkan hasil kraf dari pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf.

Pameran Seni dan Kraf 2023 yang bermula Khamis lepas 19 Oktober hingga esok mempunyai aktiviti dan program menarik untuk pengunjung seperti bengkel seni dan kraf, demonstrasi kraf tangan, business matching, pocket talk dan sebagainya.

Inisiatif PSJKM itu bertujuan memberi peluang kepada penggiat kraf tempatan untuk mengekspresikan kreativiti mereka, sekali gus menjana pendapatan serta dapat memperkasa penggiat kraf tempatan serta mempromosi pelbagai produk seni dan kraf tradisional, moden dan kontemporari kepada pembeli dalam dan luar negara.

(Turut mengiringi keberangkatan tiba baginda ialah Tengku Permaisuri Selangor,
Tengku Permaisuri Norashikin yang tiba seawal pukul 11.00 pagi .)

Media Baharu