fb fb fb fb fb

Ekspo PAKAR Pertanian himpunkan 200 peserta termasuk China dan Amerika Syarikat

Poster Ekspo PAKAR Pertanian

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Inovasi terkini dan perkongsian amalan mampan dalam industri pertanian bakal dipamerkan pada Ekspo PAKAR Pertanian yang berlangsung 1 hingga 3 Mac ini.

Ekspo edisi kedua itu bakal disertai lebih 200 peserta dari pelbagai negara, termasuk Vietnam, China, Australia dan Amerika Syarikat.

Sepanjang penganjuran, 70 sesi seminar bakal diadakan, merangkumi pelbagai topik seperti teknologi pertanian, pelancongan agro, ekonomi kitaran dan pengurusan rantaian bekalan.

Turut diketengahkan, program Klinik Ladang, yang menyediakan konsultasi pertanian percuma kepada para pengunjung.

Manakala, program Farm2Store ditambah baik sebagai platform pasaran dalam talian untuk petani dan pengusaha tanaman.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu dijadual merasmikan acara tersebut yang berlangdung di MAEPS Serdang.

Masuk adalah percuma.

NAZIRATUL BALQIS BINTI AHMAD HAMIDI