
JOHOR BAHRU, 4 April – Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) merekodkan peningkatan drastik sebanyak 160,00 pengguna baharu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
- 8.2 juta transaksi jualan minyak masak paket bersubsidi direkod di Johor menerusi eCOSS.
- eCOSS mengukuhkan pemantauan, meningkatkan ketelusan dan mengekang risiko ketirisan dalam rantaian pengedaran.
- Aplikasi diperluaskan ke semua 69 Titik Jualan dan Program Jualan Rahmah MADANI, melibatkan kuota 1,030 metrik tan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh mendedahkan sebanyak 486,00 pengguna telah direkodkan setakat Mac lalu, berbanding hanya 326,000 pengguna bagi sepanjang tahun lepas.
Sebanyak 8.2 juta transaksi jualan minyak masak paket bersubsidi, direkodkan di Johor, menerusi sistem itu.
Perkembangan itu mencerminkan, keberkesanan sistem digital dalam memperkukuh pemantauan, seterusnya meningkatkan ketelusan dan mengekang risiko ketirisan dalam rantaian pengedaran.
“Kepada yang 60 tahun ke atas dibenarkan kalau mereka tiada telefon pintar dan mereka tak boleh nak guna aolikasi itu mereka kena guna cari manual.
“Mereka boleh tunjuk kad pengenalan dan tulis nama. Jadi, Alhamdulillah 100% kita di peringkat point of sale kita dapat laksanakan”, katanya demikian semasa Walkabout Pemantauan Program Agihan Minyak Masak dan Aplikasi eCOSS disini.
Selain itu, sebanyak 69 Titik Jualan (POS) telah dikenal pasti bagi Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi di Johor sejak dilancarkan pada 11 Mei tahun lalu, melibatkan peruntukan 1,030 metrik tan kuota minyak masak paket.
Penggunaan aplikasi eCOSS kini diperluaskan ke semua 69 POS berkenaan serta dalam Program Jualan Rahmah MADANI di negeri tersebut.