E-sukan dalam senarai awal Sukan SEA 2027

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Januari – E-sukan disenaraikan sebagai salah satu sukan awal yang akan dimasukkan dalam penganjuran Sukan SEA 2027, selari dengan perkembangan pesat industri permainan video dan e-sukan negara yang semakin kukuh di peringkat serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • E-sukan disenarai awal untuk dimasukkan dalam Sukan SEA 2027, mencerminkan pengiktirafan rasmi terhadap cabang ini.
  • Malaysia berkembang sebagai kuasa baharu dalam sukan dan hiburan digital di Asia Tenggara.
  • Laporan Games Market Report Malaysia 2024 meramalkan pertumbuhan pasaran permainan video dan peningkatan jumlah pemain.
  • Kerajaan memperkukuh program Rakan Muda untuk pembabitan belia dan pembangunan sahsiah berterusan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, Malaysia kini dilihat berkembang sebagai kuasa baharu dalam industri sukan dan hiburan digital di Asia Tenggara, sekali gus membuka peluang besar kepada pembangunan ekosistem e-sukan lebih holistik.

“Untuk makluman e-sukan adalah salah satu daripada senarai awal sukan yang kita akan masukkan dalam Sukan SEA 2027. Sekiranya kita lihat semalam dalam berita apabila wakil negara Selangor Red Giants mara ke final upper bracket kejuangan Dunia Mobile Legends, Bang Bang M7.

“Syabas dan tahniah diucapkan. dan berkenaan industri sukan yang meman. Malaysia sedang berkembang sebagai kuasa baru dalam industri sukan di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Selain itu berliau turut menjelaskan bahawa laporan Games Market Report Malaysia 2024 menunjukkan pasaran permainan video negara diunjurkan berkembang, termasuk peningkatan jumlah pemain yang diramal mencecah jutaan orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Dalam pada itu, kerajaan akan terus memperkukuh program Rakan Muda sebagai platform mendekati golongan belia, khususnya di luar bandar, selain menjadi medium pembangunan sahsiah dan jati diri anak muda.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut melaksanakan anjakan paradigma dalam pelaksanaan Rakan Muda dengan menumpukan kepada pembangunan belia yang memberi impak serta berorientasikan hasil, bukan sekadar penganjuran acara bersifat one-off.