fb fb fb fb fb

DUN Sabah akan dibubar sebelum November ini

Datuk Seri Hajiji Noor tidak menafikan sidang DUN yang berakhir semalam mungkin adalah yang terakhir - Foto FB Hajiji Haji Noor

KOTA KINABALU, 9 Julai - Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah masih menjadi teka-teki, namun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak menafikan sidang DUN yang berakhir semalam mungkin adalah yang terakhir.

Beliau secara berseloroh mengatakan perlu 'bermimpi' dahulu untuk menentukan bila tarikh paling sesuai bagi pembubaran DUN.

0907 NSL HAJIJI DUN BUBAR 1Datuk Seri Hajiji menegaskan DUN Sabah tidak akan terbubar secara automatik - Foto FB Hajiji Haji Noor

Datuk Hajiji bagaimanapun menegaskan DUN tidak akan terbubar secara automatik dan keputusan muktamad masih dalam perbincangan bersama pucuk pimpinan parti.

“Tunggu apabila sudah ditetapkan, kita akan panggil semua rakan media untuk umumkan tarikhnya.

“Sabar, tidak lama lagi. Jangan tanya bulan. Jangan anggap ia automatik. Itu terpulang kepada Ketua Menteri. Saya perlu 'bermimpi' dahulu untuk tahu bila tarikh paling baik,” katanya.

Tambah beliau, beberapa pertemuan telah diadakan bersama pemimpin berkaitan, bagi menentukan waktu paling sesuai untuk langkah tersebut.

0907 NSL HAJIJI DUN BUBAR 3Sidang DUN Sabah yang berakhir semalam mungkin yang terakhir - Foto FB Hajiji Haji Noor

Menurutnya, kerajaan negeri sedia ada iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) masih berfungsi sepenuhnya dan terus memegang mandat rakyat.

DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 November ini sekiranya ia tidak dibubarkan sebelum tarikh berkenaan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK