fb fb fb fb fb

Dua wartawan wanita dikasari, polis masih belum terima laporan- Ayob Khan

(Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay)

MUAR, 9 September- Polis belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlaku insiden pengamal media dikasari pegawai pengiring seorang menteri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih menunggu laporan serta penjelasan terperinci daripada kedua-dua pihak yang terlibat.

"Biasalah masing- masing menjalankan tugas .Setakat ini kenyataan dikeluarkan oleh pihak media, saya belum dapat apa-apa laporan.

“Saya difahamkan insiden itu mungkin timbul ketika menteri berkenaan dalam perjalanan untuk naik kenderaan dan mungkin di belakang itu adalah sedikit insiden tolak menolak.

“Setakat ini hanya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media (jadi) kita tunggu lah kenyataan-kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh kementerian terlibat,” ujarnya.

Beliau ditemui media semasa
meninjau proses pengundian PRK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Pei Chai, Bakri di sini pada Sabtu.

Semalam, Kelab Media Johor mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung dua insiden wartawan dikasari oleh pegawai pengiring Menteri Dalam Negeri dalam dua acara kempen parti politik berasingan di Taman Anggerik dan Taman Dahlia, Johor Bahru.


(FOTO HIASAN)

Dilaporkan beberapa pegawai pengiring didakwa telah menghalang kumpulan pengamal media ketika sidang media menteri berkenaan diadakan.

Antaranya menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang merakam sidang media tersebut.

Selain itu bertindak mencubit belakang pinggang seorang lagi wartawan wanita beberapa kali bertujuan untuk menghalangnya melaksanakan tugas semasa sidang media.

Media Baharu