KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan perkembangan positif dalam dua tahun pentadbirannya.
Berdasarkan tinjauan dibuat Merdeka Center, mojoriti rakyat Malaysia mencatatkan 54 peratus tanda sokongan berbanding 50 peratus tahun sebelumnya.
Ia sekali gus mencerminkan penerimaan rakyat terhadap usaha kerajaan dalam membangunkan kerajaan walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan politik dalam tadbir urus negara.
Antara prestasi yang menunjukkan perkembangan positif termasuk menarik pelaburan, peningkatkan imej negara serta tadbir urus kerajaan.
Manakala penafaran kerajaan kini juga berada pada tahap terbaik dengan 51 peratus berbanding 46 peratus November tahun lalu.
Seperti tahun sebelumnya, sentimen pengundi masih tertumpu kepada sektor ekonomi, dengan 65 peratus menyifatkan ia masalah utama yang dihadapi rakyat ketika ini.
Bagaimanapun, angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding 74 peratus tahun lalu.