fb fb fb fb fb

Dua sektor jadi tumpuan utama kerjasama antara Malaysia, Uzbekistan - PM

Anwar Ibrahim (kanan) bersama Mohamad Hasan pada sidang media hari akhir lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan hari ini

SAMARKAND, 19 Mei- Sektor perdagangan dan pelaburan menjadi tumpuan utama bagi potensi kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurut Anwar, kedua-dua perkara tersebut antara perhatian utama semasa perbincangan beliau bersama Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev sewaktu kunjungan hormat.

"Perbincangan dengan Presiden Shavkat tentunya (menjurus) pusat perhatian tentang peluang pelaburan dan perdagangan.

"Ini kerana kekuatan Uzbekistan termasuk bidang perlombongan yang sangat luas kapasitinya serta tenaga seperti hidrogen dan ammonia

"Sebab itu rundingan awal dengan PETRONAS telah dilakukan, kemudian barulah bidang-bidang pendidikan, budaya, pelancongan," katanya pada sidang media hari akhir lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan hari ini.

Tambah Anwar, Shavkat Mirziyoyev telah mengusulkan jawatankuasa kerjasama teknikal peringkat tertinggi merangkumi bidang yang lebih menyeluruh.

Jawatankuasan itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar kedua-dua negara iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Bakhtiyor Saidov.

ARTIKEL BERKAITAN
Jalinan kerjasama akademik sempena lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin kerjasama dalam bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM
Malaysia-Uzbekistan meterai enam MoU, libatkan kerjasama pelbagai bidang
Malaysia-Uzbekistan sedia teroka kerjasama pelbagai sektor - Anwar
Malaysia, Uzbekistan aktifkan Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan
Malaysia-Uzbekistan sedia teroka kerjasama baharu - Anwar
Lawatan Anwar ke Uzbekistan, perkukuh hubungan dua hala
PM tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi

SITI AISHAH MD ISA