fb fb fb fb fb

Dua remaja maut motosikal rempuh lori rosak di lorong kecemasan

(Keadaan motosikal terbabit kemalangan maut membabitkan dua remaja
lelaki/FOTO FB Polis Negeri Sembilan)
 
KUALA LUMPUR, 25 Disember-  Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 279.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di Daerah Nilai, pada Jumaat.
 
Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, penunggang dan pembonceng berusia 18 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
 
 "Insiden berlaku apabila tayar kanan bahagian belakang lori terbabit pecah di lokasi kejadian.
 
"Lori itu yang dipandu lelaki berusia awal 60-an dari Senawang menuju ke Puchong, Selangor, kemudian diletakkan di lorong kecemasan dengan memasang tanda amaran segi tiga. 
 
 (Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 malam Jumaat, penunggang motosikal
didakwa tidak sempat mengelak dan secara tiba-tiba merempuh bahagian
kanan lori/FOTO FB Polis Negeri Sembilan)
 
"Ketika berada di lorong tersebut, penunggang motosikal didakwa tidak sempat mengelak dan secara tiba-tiba merempuh bahagian kanan lori itu.
 
 
"Siasatan lanjut masih dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Insp Siti Syarah di talian 014-5144741 bagi membantu siasatan," katanya dalam atu kenyataan.
 

Media Baharu