fb fb fb fb fb

Dua PPS di Kuching catat pertambahan penduduk terjejas banjir

PPS di Kuching, Sarawak

KUCHING, 17 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuching merekodkan pertambahan penduduk petang tadi.

PPS Dewan Masyarakat Stapok kini menempatkan 174 orang berbanding 151 orang pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Penduduk terjejas merupakan 45 keluarga dari Kampung Desa Ria Jalan Desa Wira Batu Kawa.

Sementara PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah menempatkan 184 penduduk berbanding 182 orang tengah hari tadi.

Mereka merupakan 49 keluarga dari Taman Malihah.

Laporan daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri turut memaklumkan penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi kekal 60 orang daripada 13 keluarga.

Seramai 434 orang daripada 112 keluarga kini berlindling di tiga PPS di Kuching.

ROSLINA BINTI DIN