fb fb fb fb fb

Dua nelayan asing tanpa dokumen ditahan

Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

KUALA KURAU, 24 Disember- Dua nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kuala Kurau, selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Penahanan dilakukan di kedudukan 9.7 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar, Perak, Jumaat lalu.  

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid menerusi kenyataan berkata, bot dinaiki dua nelayan itu ditahan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong berusia 46 dan 47 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Selain itu, bot terbabit juga tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya, selain tiada kebenaran menggaji kru warga asing.

Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

ROSLINA BINTI DIN