fb fb fb fb fb

Dua maut dalam kemalangan dua buah lori di Rompin

Dua buah lori kemalangan di Simpang Selancar ke Selancar 2, Rompin, Pahang

ROMPIN, 31 Mac- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori dan lori treler di Simpang Selancar ke Selancar 2, Rompin, Pahang kira-kira pukul 1.25 petang tadi.

Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang lori, manakala pemandu lori treler dilaporkan mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kira-kira enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bersama-sama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba dilokasi dua mangsa daripada lori telah meninggal dunia di tempat kejadian, dengan seorang daripadanya tersepit," katanya.

Sementara itu pemandu lori treler yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI