fb fb fb fb fb

Dua 'mat rempit' ditahan, tiga motosikal disita di Tangkak

FOTO PDRM TANGKAK

TANGKAK, 10 Disember- Dua lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan menerusi Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di sini, Johor, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, operasi dijalankan selama enam jam bermula pukul 10.00 malam di kawasan tumpuan kegiatan samseng jalanan sepanjang Tanjung Agas dan Parit Bunga.

Sebanyak 14 saman POL 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Sementara itu, tiga buah motosikal disita kerana pengubaian secara keterlaluan.

"Tindakan sita dilakukan bagi proses dokumentasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemilik perlu mengembalikan motosikal dalam keadaan asal sebelum motosikal dipulangkan semula kepada pemilik," katanya dalam kenyataan.

Kesemua kes di siasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AISHAH BINTI MD ISA