fb fb fb fb fb

Dua lelaki maut dihempap pokok tumbang

Kenderaan kedua-dua mangsa dihempap pokok sehingga menyebabkan dua lelaki terkorban dalam insiden itu petang tadi/FOTO BOMBA

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Dua lelaki maut selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang di sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti lelaki tempatan iaitu seorang pemandu kereta, 65 tahun serta penunggang motosikal berusia 23 tahun, sedang melalui lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail mengesahkan insiden itu berkata, pihaknya telah menerima maklumat awal berkaitan satu kejadian pokok tumbang dan telah menghempap sebuah kereta dan motosikal di lokasi kejadian pada 3.51 petang.

“Pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian sedang giat dilakukan.

GRACE AISYAH KEDAYAN