Dua kanak-kanak hampir lemas di premis kediaman

GAMBAR HIASAN / BERNAMA

BAYAN BARU, 11 Januari – Dua kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kolam renang sebuah premis kediaman di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri di kolam renang premis kediaman di Bayan Baru.
  • Seorang mangsa kritikal, seorang lagi sudah kembali sedar dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
  • Tidak ada petugas di lokasi semasa kejadian; CCTV menunjukkan ibu saudara membawa mereka ke kolam jam 8.30 pagi.
  • Kejadian disiasat untuk mengenal pasti sebarang kecuaian atau salah laku pihak terlibat.

Setakat ini, seorang mangsa masih berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi telah kembali sedar.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner, (ACP) Anuwal Ab Wahab memaklumkan semasa kejadian, tiada petugas yang berada di lokasi kejadian.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua mereka dibawa ke kolam berkenaan oleh ibu saudara salah seorang mangsa kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Mangsa kemudiannya bergerak daripada kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

“Kesemua mereka menginap di premis berkenaan sejak 9 Januari bagi tujuan bercuti dan dijadual pulang hari ini.

“Kanak-kanak berkenaan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataan.

Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sebarang unsur kecuaian atau salah laku mana-mana pihak.