KUANTAN, 7 April-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang (JBPM) Pahang berjaya mengawal kebakaran hutan yang berlaku di belakang stesen minyak BHP berdekatan Taman Pandan Damai, Kuantan hari ini.
Anggaran keluasan kawasan terbakar adalah kira-kira dua ekar.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.49 pagi tadi.
Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan turut dibantu BBP Taman Tas.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal pada jam 12.29 tengah hari dan operasi tamat pada jam 12.40 tengah hari.
Setakat ini, JBPM Pahang merekodkan kes kebakaran hutan seluas 180 hektar di negeri ini.