Dua ejen “Geng Sojul” aktif seludup migran ditahan

KUALA LUMPUR, 2 Februari– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan dua penghantar sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai ‘Geng Sojul’ di sekitar ibu negara semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Imigresen menahan dua penghantar sindiket 'Geng Sojul' di Kuchai Lama selepas dua serbuan berasingan.
  • Seramai 19 migran ditahan termasuk warga Bangladesh dan Myanmar, berumur 18 hingga 49 tahun.
  • Barangan rampasan termasuk dua kenderaan, pasport Bangladesh, RM82,100 dan USD3,700.
  • Sindiket beroperasi sejak Disember 2025, kenakan RM12,000 setiap migran dan untung kira-kira RM1.2 juta.

Kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing warganegara Malaysia dan Bangladesh.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban menerusi kenyataan memaklumkan tangkapan dibuat menerusi dua serbuan berasingan di Kuchai Lama.

“Dalam serbuan pertama pada 1.30 tengah hari, satu kenderaan jenis 4X4 dan satu kenderaan jenis SUV yang dipercayai membawa migran yang diseludup berjaya dipintas di kawasan parkir sebuah pasaraya di Jalan Kuchai Lama.

“Hasil pemeriksaan, seramai enam lelaki dan satu wanita warganegara Bangladesh dan satu lelaki warganegara Myanmar ditahan,” jelas beliau.

Serbuan susulan turut dijalankan di sebuah premis yang disyaki rumah persembunyian dan transit sindiket di kondominium sekitar Kuchai Lama.

“Hasil serbuan, seramai 12 lekaki warganegara Bangladesh yang dipercayai baru tiba dari negara jiran dan sedang menunggu dihantar ke beberapa negeri di selatan dan sekitar Lembah Klang telah ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan dalam lingkungan usia 18 hingga 49 tahun,” ujar beliau lagi.

Turut disita dua buah kenderaan jenis 4X4 dan SUV, beberapa keping pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM82,100 dan mata wang asing USD3,700.00.

Siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

Sindiket ‘Geng Sojul’ dipercayai aktif sejak Disember 2025 dengan menyediakan perkhidmatan membawa masuk warganegara asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan dan dibawa ke Lembah Klang sebelum dihantar ke destinasi-destinasi seterusnya.

Sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM12,000.00 bagi setiap migran yang diseludup dan dipercayai mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta sejak beroperasi.

Kesemua suspek kini ditahan di Depot Imigresen Putrajaya

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan