JERANTUT, 13 April- Dua buah rumah musnah dalam kebakaran pada kejadian berbeza, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kejadian itu berlaku di Jerantut dan Temerloh.
Menurutnya, kejadian pertama melibatkan rumah jenis separuh kekal yang musnah sepenuhnya di Kampung Damak, Jerantut pada pukul 6.26 pagi tadi.
Dalam operasi itu, seramai 15 anggota melibatkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, BBP Kuala Krau dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Damak digerakkan sebaik menerima panggilan.
Menurutnya, bomba tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 7.05 pagi.
Dalam kejadian berasingan pula, sebuah rumah jenis sementara musnah di Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Kuala Krau di Temerloh.
Panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.47 pagi tadi sebelum jentera tiba pada pukul 11.15 pagi untuk operasi pemadaman.
Operasi turut melibatkan lima anggota dari BBP Kuala Krau dan BBP Bukit Angin seramai enam anggota.
Kebakaran kedua-dua rumah dianggarkan 100 peratus namun tidak melibatkan mangsa.