fb fb fb fb fb

Dua anggota polis cedera ketika lakukan tugasan musnah bom

FOTO FAIL

KLUANG, 27 Ogos - Dua anggota polis dilaporkan cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini kira-kira pukul 3.00 petang tadi.

Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini untuk rawatan kecemasan.

Kedua-dua anggota yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.

Mereka dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan berada di zon merah hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor CP M Kumar ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF