fb fb fb fb fb

Draf RUU PKS diteliti

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Draf Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) memerlukan beberapa penelitian khusus, melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU berkenaan setelah ia diluluskan kelak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan am yang menjelaskan fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial antara penambahbaikan yang akan dimasukkan dalam RUU berkenaan.

"Peruntukan yang dicadang dalam draf RUU PKS itu antara lain mengandungi takrifan kerja sosial dan pekerja sosial serta penjelasan berkaitan skop praktis kerja sosial. Ia juga mengandungi peruntukan berkaitan penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan untuk mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial.

"Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah di peringkat antarabangsa," kata Nancy.

Nancy menjawab menjawab pertanyaan Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung status konsultasi RUU PKS, di Dewan Rakyat.

Katanya, draf asal RUU berkaitan telah disediakan pada akhir 2019.

TETITIA YUSOFF