fb fb fb fb fb

Double Nine Chainblock juara Tarik Tali Borneo

(Pasukan Double Nine Chainblock dari Limbang, Sarawak)

LABUAN, 25 September - Pasukan Double Nine Chainblock dari Limbang, Sarawak menewaskan pasukan Apachee dari Labuan dalam satu perlawanan tambahan Kejohanan Tarik Tali Borneo anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan pada 23 September lalu.

Ia setelah kedua-dua pasukan memperoleh mata sama selepas tamat liga sepusingan.

Meski berdepan cuaca hujan lebat, kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi dengan menyajikan perlawanan sengit serta mendebarkan.

Kejohanan yang bertujuan bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di pulau bebas cukai itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 10 pasukan melibatkan dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.


(Tempat ketiga dikongsi, pasukan Pahlawan dari Limbang Sarawak/FOTO BES LABUAN)

Double Nine Chainblock selaku juara membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
 
Tempat ketiga dikongsi, pasukan Pahlawan dari Limbang Sarawak dan Ragum dari Beaufort Sabah, masing-masing menerima hadiah RM1,000.
 
Hadiah perlawanan disampaikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Media Baharu