fb fb fb fb fb

DOF bangunkan habitat Dugong di Mersing

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 6 Jun- Jabatan Perikanan (DOF) komited memastikan habitat dugong di perairan Mersing, Johor terus dipelihara.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Bahagian Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, setakat ini, lebih 10 ekor populasi dugong dikesan dikawasan berkenaan.

Pihaknya kini sedang dalam usaha menanam semula rumput laut di tapak perlindungan dugong yang telah dibangunkan sebelum ini.

Usaha itu digiatkan menerusi kerjasama beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

"Jabatan akan membangunkan habitat dan cuba menanam balik rumput laut bersama-sama IPTA dan pakar-pakar kita.

"Memang kadang-kadang Dugong tidak masuk ke kawasan itu disebabkan arus yang terlalu kuat yang akan menolak rumpat laut. Jadi kita buat tukun dan coral supaya dapat berlindung daripada arus", katanya demikian selepas Pelancaran Program Rasa-Rasa Akuakultur dan Jelajah Unggulan DOF Negeri Johor di sini.

Katanya, rondaan akan dilaksanakan secara kerap bagi mengambil tindakan terhadap para nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan berhampiran tapak perlindungan tersebut.

Perkara itu disuarakan bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan DOF, berhubung kepupusan rumput Laut yang mengancam populasi dugong di Mersing.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD