fb fb fb fb fb

Dividen KWSP dijangka berkembang positif- Amir Hamzah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Pengumuman dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka berkembang positif.

Menurut Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, unjuran itu berdasarkan prestasi kukuh KWSP, yang mencatat pencapaian lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Kalau kita tengok prestasi sehingga suku tahun ketiga tahun lalu, ia menggalakkan. Sehingga suku tahun ketiga, ia telah mencapai 57.5 bilion, lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Jadi, insya-Allah, prestasi itu akan berterusan dalam suku tahun keempat, dan insya-Allah, dividennya akan merangsang.

"Tetapi saya tak boleh komenlah mengenai dividen tersebut, tunggulah pengumuman daripada EPF," katanya pada program Larian ASEAN di Dataran Wawasan di sini hari ini.

Tambah beliau, prestasi bursa dan saham Malaysia turut menyokong kemungkinan pengumuman positif itu berlaku.

Bursa Malaysia diiktiraf sebagai pasaran saham terbaik di ASEAN, dengan 55 penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun.

Ini terutamanya kedudukan Bursa Malaysia yang diiktiraf sebagai pasaran saham terbaik di ASEAN, serta 55 penyenaraian IPO tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun.

Sebelum ini, beberapa pakar ekonomi menyatakan kemungkinan dividen tahun lalu melebihi enam peratus adalah tinggi, berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM