
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) kini berada pada fasa awal pelaksanaan secara berstruktur dan melibatkan empat fasa.
- DIPN sebagai kerangka strategik nasional untuk membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing, berdikari dan mampan.
- Selaras dengan keperluan keselamatan negara serta aspirasi Kertas Putih Pertahanan 2020–2030.
- Keutamaan sektor berimpak tinggi: aeroangkasa, maritim, automotif ketenteraan, persenjataan, keselamatan siber dan teknologi baharu, serta pemetaan keupayaan dan tadbir urus.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memberitahu dalam sidang Dewan Negara, DIPN sebagai kerangka strategik nasional untuk membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing, berdikari dan mampan.
Ia selaras dengan keperluan keselamatan negara serta aspirasi Kertas Putih Pertahanan 2020–2030.
“Keutamaan pelaksanaan DIPN adalah kepada sektor berimpak tinggi seperti aeroangkasa, maritim, automotif ketenteraan, persenjataan dan amunisi, keselamatan siber dan elektromagnetik serta teknologi baharu.
“Tumpuan akan diberikan kepada penstrukturan tadbir urus, pemetaan keupayaan industri tempatan dan pengukuhan mekanisme pelaksanaan”, katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Vell Paari Samy Vellu mengenai status terkini pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara termasuk hala tuju strategik, keutamaan sektor serta sasaran jangka pendek dan jangka panjang dalam membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing.