fb fb fb fb fb

Dewan Rakyat lulus RUU Cukai Pendapatan 2024 dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 2024

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 dan RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa mempertimbangkan usul dicadangkan itu tanpa sebarang pindaan.

Pindaan melibatkan fasal 1 hingga fasal 9 bagi melaksanakan pindaan bersifat penambahbaikan terhadap dasar serta pentadbiran cukai.

Timbalan Menteri Kewangan sebelum itu berkata, selaras reformasi percukaian, hasrat pelaksanaan cukai keuntungan modal pula, adalah untuk memperluas asas cukai serta selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Sementara itu, RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 pula bertujuan meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445), yang melibatkan dua fasal.

Pindaan itu disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2024.

GRACE AISYAH KEDAYAN