fb fb fb fb fb

Deepavali: PERKESO santuni anak yatim dan ibu tunggal

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim/ Foto facebook Steven Sim

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Kementerian Sumber Manusia (KESEMUA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyantuni 140 anak yatim dan ibu tunggal sempena Deepavali di ibu negara.

Menterinya, Steven Sim berkata ia sebagai keprihatinan PERKESO kepada golongan memerlukan terutama ketika musim perayaan.

"Tahun ini Deepavali kita sambut bukan di hotel besar-besar, bukan di pejabat mewah tapi kita datang ke komuniti, dengan masyarakat, jumpa dengan rakyat di kalangan tempat orang-orang yang kelompok-kelompok yang susah, yang miskin, yang memerlukan bantuan.

"Itulah apabila kita kata PERKSESO itu prihatin, prihatin itu PERKESO... maksudnya kita ialah PERKESO akan berusaha bersungguh-sungguh bukan untuk tunggu orang susah cari kita, tapi kita pergi cari orang-orang yang memerlukan", katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Majlis Sambutan Deepavali KESEMUA PERKESO 2024, di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

ROSLINA BINTI DIN