fb fb fb fb fb

DBKL perlu dinamik,produktif urus isu perbandaran - PM

FOTO PMO

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Meniti usia 50 tahun, Kuala Lumpur harus lebih bersedia mendepani cabaran serta melihat kepada keperluan penduduknya di masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan.

"Keluarga Malaysia mengamalkan prinsip tiada yang dipinggirkan, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,bersukat sama paras, bertimbang sama berat. Prinsip ini terpakai dalam mengurus dan mentadbir bandaraya Kuala Lumpur.

"Golongan B40 misalnya, perlu diambil perhatian bagi memastikan keperluan asas mereka terbela," katanya pada Majlis Sambutan Ulang tahun ke-50 bandar raya Kuala Lumpur di Taman Botani Perdana, di sini.

Ismail berkata, ekonomi merupakan penggerak utama sesebuah bandar raya.

Katanya, tarikan utama sesebuah bandar raya itu adalah melihat kepada keupayaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan.

"Pembentukan bandar raya yang mampan perlu mengambil kira keperluan ekonomi sesebuah bandar supaya ia benar- benar mewujudkan bandar raya yang mampan untuk semua.

"Dengan adanya faktor tarikan ini, maka bandar raya dapat terus berkembang secara holistik untuk jangka masa panjang," katanya.

Media Baharu