PUTRAJAYA, 11 Julai - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diberi tanggungjawab tambahan untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan media Setiausaha Jemaah Menteri
Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, Perdana Menteri telah memaklumkan pelantikan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.
Pelantikan berkenaan susulan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, yang berkuat kuasa pada 4 Julai lalu.