
MELAKA TENGAH/ALOR GAJAH, 12 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni peniaga kecil dan masyarakat dalam kunjungan beliau ke dua lokasi sekitar Melaka hari ini.
- Datuk Seri Anwar meluangkan masa menyantuni peniaga kecil dan masyarakat di dua lokasi sekitar Melaka.
- Di Taman Krubong Jaya beliau bertemu kira-kira 50 peniaga dan meninjau kawasan perniagaan.
- Di Pasar Malam Machap Baru beliau meninjau gerai, bersalaman, beramah mesra dan mendengar isu peniaga serta pengunjung.
Di lokasi pertama, Taman Krubong Jaya, Melaka Tengah, Datuk Seri Anwar bertemu kira-kira 50 peniaga dan penjaja kecil selain, meninjau kawasan perniagaan serta berinteraksi dengan peniaga dan pengunjung.
Seterusnya, Perdana Menteri meneruskan kunjungan ke Pasar Malam Machap Baru, Alor Gajah dengan meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau gerai-gerai, bersalaman dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.
Kunjungan itu memberi peluang kepada golongan peniaga dan masyarakat setempat untuk bertemu secara langsung dengan Perdana Menteri, selain menyampaikan pandangan serta berkongsi isu yang dihadapi mereka.