
TOKYO, 10 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun di sini, bersempena dengan lawatan rasmi pertama beliau ke negara matahari terbit itu.
- Disambut oleh rakan sejawatnya Sanae Takaichi, menerima kawalan kehormatan serta diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
- Diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet Jepun dan pegawai kanan kerajaan, sebelum memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Takaichi.
- Mengadakan mesyuarat dua hala membincangkan kepentingan bersama dan kerjasama serantau.
Sejurus tiba, Datuk Seri Anwar disambut rakan sejawatnya Sanae Takaichi dan diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
Datuk Seri Anwar kemudiannya diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet Jepun dan para pegawai kanan kerajaan, sebelum Perdana Menteri memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Takaichi.
Selepas majlis tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan perkara kepentingan bersama dan kerjasama serantau.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Datuk Seri Anwar ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada November 2022, walaupun sebelum ini beliau telah melakukan dua lawatan kerja pada 2023 dan 2024. – BERNAMA