fb fb fb fb fb

Datuk Dr. Abdul Majid Omar, Tokoh Maal Hijrah 1446H peringkat negeri Selangor 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1446H peringkat negeri Selangor kepada Datuk Dr. Abdul Majid Omar

SHAH ALAM, 6 Julai- "Tuntutlah Ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad".

Demikian prinsip yang dipegang oleh Tokoh Maal Hijrah 1446H peringkat negeri Selangor  iaitu Datuk Dr. Abdul Majid Bin Omar  yang merupakan mantan Timbalan Mufti Negeri Selangor.

Beliau yang berusia 84 tahun berkata, meskipun usianya sudah mencapai kategori usia emas namun ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk menuntut ilmu dalam bidang yang diminati.

Menceritakan pengalamannya yang baru selesai menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian pengurusan wakaf, beliau berharap agar golongan muda pada masa kini agar tidak jemu menuntut ilmu.

Tambah beliau juga, Kemudahan teknologi seperti Internet pada masa kini membuka ruang yang lebih luas untuk  mencari dan mengeksplorasi pelbagai ilmu pengetahuan.

"Saya berpegang pada prinsip tuntutlah ilmu dari ayunan ibu sampai liang lahad, sekarang peluang belajar cukup banyak dengan kemudahan2 internet ada semua ,dulu saya sekolah pakai papan batu sekarang dah mcm2 saya seru supaya anak muda belajar habis,"katanya.

 Datuk Dr.  Abdul Majid menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai RM20,000 yang disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE