fb fb fb fb fb

Dasar Francais Negara akan diperkenal - Ahmad Zahid

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Dasar Francais Negara akan diperkenal bagi memperkasa pembangunan industri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia dapat menjadikan Malaysia sebagai hub perniagaan francais di Asia Tenggara.

Jelasnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu bekerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA) bagi memastikan sasaran negara itu dapat dicapai.

"Walaupun saranan ini mungkin agak berat, tetapi saya yakin matlamat ini boleh dicapai sekiranya semua pihak komited melakukannya.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan, dibantu rakan-rakan dan pemain industri yang lain, matlamat tersebut boleh dicapai," kata Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2023 anjuran MFA di sini.

Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri francais, Ahmad Zahid juga mencadangkan MFA dan pihak berkaitan lain untuk menganjurkan Asean Franchise Conference memandangkan Malaysia akan menjadi hos bagi persidangan ASEAN pada tahun hadapan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu