KUALA LUMPUR, 27 Mac- Dasar Buku Negara perlu dilihat semula, kata Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.
Beliau turut menyarankan agar Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membentuk dan mengetuai jawatankuasa untuk merangka Dasar Buku Negara baharu yang akan dilancarkan pada tahun 2025.
"Jawatankuasa, serta perkara-perkara ini kita ambil perhatian penuh, kerana Dasar Buku Negara ini sudah pun berusia 39 tahun, dan mesti ada semangat baru untuk dilihat semula dalam konteks, hari ni.
"Jadi sebab tu jawatankuasa itu sudah pun digerak, dan kita harap kita dapat muktamadkan dasar baharu untuk tahun 2025 insya-ALLAH,"katanya.
Sementara itu, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan RM2 juta daripada dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) bagi merancang gerakan penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia.
Beliau berkata semasa merasmikan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu dan Majlis Pelancaran Buku Kanak-kanak dan Remaja di DBP, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Fadlina turut memaklumkan kementeriannya telah mewujudkan jawatankuasa khas susulan minat pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang semakin merosot dan dilihat amat membimbangkan.
Katanya, fungsi dan komitmen besar jawatankuasa khas tersebut adalah memastikan perancangan dan agenda disambut baik sehingga ke peringkat industri.
Selain penguasaan pelajar-pelajar diperingkat STEM menjadi keutamaan hala tuju negara untuk berkembang dengan baik.