fb fb fb fb fb

Daniel selamat, ditemukan dalam keadaan lemah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Pelajar berusia 14 tahun, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Khamis lalu ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bertindak atas maklumat awam semalam kira-kira pukul 11 malam, ibu bapa mangsa bersama guru sekolah telah pergi ke sebuah Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak Cheras sebelum menjumpai semula mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah.

"Pelajar itu kemudian telah dirujuk ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz Cheras untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,"katanya.

Jelas Zam Halim, siasatan lanjut masih diteruskan oleh polis untuk mengetahui sebab kenapa mangsa boleh berada di tempat tersebut selepas hilang sejak Khamis lalu.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu pihak polis sehingga mangsa berjaya dijumpai selepas maklumat berhubung kehilangan pelajar itu disiarkan media semalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE