KUALA LUMPUR, 1 April - Kerajaan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DANANITA) kearah menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, setakat Disember tahun lalu seramai 897 usahawan wanita telah menerima manfaat daripada kemudahan ini.
Manakala bagi tahun ini ,kerajaan meneruskan inisiatif bagi memperkasa usahawan wanita dengan peruntukan RM10 juta dengan sasaran lebih daripada 100 orang usahawan.
"Bawah Program Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah memberi manfaat kepada hampir 65,000 usahawan wanita sejak tahun 2018 melalui inisiatif seperti Program Latihan Keusahawanan bertujuan mendaya usahawan baru.
"Serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada, meningkatkan kualiti produk pengeluaran melalui persijilan seperti Halal, BeSS Bersih, Sihat, Selamat KKM, ISO dan lain-lain, serta membantu usahawan bumiutera dalam penggunaan teknologi dan aplikasi digital dalam perniagaan," katanya.
Rubiah Wang menjawab soalan asal yang dikemukakan Senator Datuk Mustafa Musa, di Dewan Negara.