fb fb fb fb fb

Dana RM10 juta bantu rakyat dapatkan khidmat guaman - PM

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dana tersebut sebagai usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan, untuk mendapatkan bantuan guaman.

Beliau berkata, sejak YBGK mula beroperasi pada 2012, yayasan itu telah menyaksikan ratusan ribu orang telah mendapat pembelaan dalam prosiding jenayah.

(Datuk Seri Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Undang-undang
Malaysia Antarabangsa, di Kuala Lumpur / FOTO BERNAMA)

“Menerusi pengalaman saya yang tidak banyak, tidak terlalu terhad sangat di Sungai Buloh, saya telah lihat beratus-ratus banduan diberikan peluang untuk membela diri bersama dalam perbicaraan yang cukup adil.

"Sehubungan itu saya terpanggil untuk mengumumkan satu lagi tambahan RM10 juta bagi tujuan ini,” katanya dalam ucaptama di Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa, di sini.

Tambah Anwar, akses kepada keadilan telah ditingkatkan dengan ketara dimana YBGK menjadi pembekal bantuan guaman terbesar dalam negara.

Kerajaan juga katanya turut memperakui peranan yang dimainkan Badan Peguam Malaysia dalam inisiatif tersebut.

Media Baharu