fb fb fb fb fb

Dalang disebalik aktiviti pemerdagangan manusia, berdepan tindakan lebih tegas - Mohamad

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 2 April- Dalang atau orang tengah yang berlakon sebagai mangsa dalam aktiviti pemerdagangan manusia bakal berdepan tindakan yang lebih tegas.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata mereka yang diselamatkan itu merupakan ejen yang direkrut sindiket penipuan bagi memperdaya lebih ramai mangsa.

"Kesemua warganegara Malaysia yang telah dibawa pulang akan disoal siasat oleh pihak berkuasa sejurus tiba di Malaysia bagi menentukan penglibatan mereka dalam sindiket tersebut."

"Tindakan tegas akan diambil jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa mereka adalah dalang dan bukannya mangsa berdasarkan undang-undang sedia ada," kata Mohamad di Parlimen menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead, hari ini.

Sehingga kini, empat individu warganegara Malaysia telah didakwa kerana disyaki menjadi dalang kepada sindiket berkenaan di Peru pada 2023.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM