fb fb fb fb fb

Dakwaan Hutan Sg Lembing dijarah: dalam siasatan Kerajaan Pahang

KUANTAN, 9 Oktober- Hutan di Sungai Lembing, Pahang yang didakwa berlaku aktiviti penebangan dan pembersihan hutan tanpa kebenaran pihak berkuasa, kini dalam siasatan Kerajaan Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, isu tersebut diberi perhatian yang serius dan sedang proses siasatan oleh pihak berkenaan.

"Dalam masa terdekat, sama ada Setiausaha Kerajaan atau Pengarah Perhutanan akan membuat kenyataan. Tunggulah. Kita sudah bincang dalam mesyuarat exco tadi," ujarnya selepas Majlis Perasmian Program Retreat Kepimpinan Masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, pihak pembangkang meminta penjelasan daripada agensi berkaitan dan kerajaan negeri berhubung dakwaan penjarahan Hutan Sungai Lembing yang dikhuatiri dapat meningkatkan risiko bencana alam terjadi.

Trainee2